PENGEMBARA


Dari Ibnu Umar RA. Rasulullah saw telah memegang bahuku seraya berkata: Jadilah kamu di dunia sepertimana kamu seorang dagang atau seorang pengembara dalam perjalanan. Dan Ibn Umar RA telah berkata: Sekiranya kamu berada pada waktu petang janganlah menunggu sehingga ke pagi dan sekiranya berada pada waktu pagi janganlah menunggu sehingga ke petang. Rebutlah waktu sihat kamu sebelum sakit dan waktu hidup kamu sebelum mati.

(Riwayat Bukhari)

Friday, 7 June 2013

Alkisah (1)

"Teringat dulu masa sem dua. Kau sombong giler. Aku nak tegur pun tak berani. Muka pun garang je," Haleem bersuara.

"Haha." Gelak Ikhwan. "Takde la. Aku memang style macam ni pun. Tapi sebenarnya baik je."

"Tak sangka betul." Haleem mencebik. "Padahal kau selalu je solat sebelah aku kan?"

"Eh, kau nak tau tak? Ni lah orang cakap ukhuwah fillah. Tak kenal maka taaruf." Ikhwan tersenyum.

Err?

"Eh, terima kasih tau untuk baju yang kau beli kat Indonesia untuk aku tu, muga Allah ganjari keberkatan dan redhaNya kepada kau." Haleem tersenyum lebar kepada Ikhwan.

Sekadar hiasan. Tiada kena mengena dengan cerita.

****

Kerna ukhuwah itu buah dari iman.
Maka iman itu lah yang menyambungkan kita semua.
Jangan terlampau overdose ukhuwah, sampai kurang dakwah dan tarbiyah.

****

Dengan ukuhwah ini kita mampu bekerjasama, untuk bantu membantu sesama yang lain.
Nak tajmik adik-adik, nak buat usrah, nak mintak ditazkirahkan, bisa aja pak! 
Apa yang penting? Kerja sama. Heh.

In sha Allah.

****

Tuesday, 28 May 2013

Dunya, This Worldly Life

How beautiful, is this worldly life
But not a soul shall remain
We’ve all come into this world
Only to leave it one day
I can see that everything around me
Rises then fades away
Life is just a passing moment
Nothing is meant to stay, oh

--------------

Lagu ini memang sentap, saat kau rasa nak buat maksiat,
Lagu ini memang terasa panas, saat kau rasa malas.
Lagu ini memang memberi seribu makna, saat kau lupa.

--------------

This worldly life has an end
And it’s then real life begins
A world where we will live forever
This beautiful worldly life has an end
It’s just a bridge that must be crossed
To a life that will go on forever


--------------
Jelas. 
Tujuan kau di dunia ni. 
Dan ke mana hala tuju kau selepas ini.

Lepas mati, akan hidup semula.
Kemudian,
Gembira atau sengsara,
Hina atau mulia,
Kau yang akan tentukan sendiri,
Mengikut apa yang kau buat di dunia ini.

Dan, kehidupan yang kemudian itu,
akan kekal selamanya.

--------------

So many years, quickly slipping by

Like the Sleepers of the Cave
Wake up and make a choice
Before we end up in our graves

O God! You didn’t put me here in vain
I know I’ll be held accountable for what I do
This life is just a journey
And it’s taking me back to You

----------------

Kau yang akan buat pilihan.
Mana kau mahu.

Serta apa yang menimpa kau.
Itulah yang terbaik. 
Sila selak al-Quran dan buka surah al-Baqarah, ayat 216, dan 286.

--------------

So many get caught in this beautiful web
Its gardens become an infatuation
But surely they’ll understand at the final stop
That its gardens are meant for cultivation, oh

Spider web
---------------

Ya muqallibal quluub, tsabbit qulubana 'ala deenik.

T_T

Keindahan dunia ini, menjadi infatuation.
Godaannya, umpama kanak-kanak melihat taman permainan.
Seorang yang lapar melihat kek secret recipe.

Tapi, kalau kau bersabar di dunia ini,
Menahan keinginan nafsu kau,
Ada ganjaran yang menanti.


"...Sesiapa yang beriman kepada Allah serta mengerjakan amal soleh, nescaya Allah mengampunkan dosa-dosanya dan memasukkannya ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; yang demikian itulah kemenangan yang besar."
At-Taghabun [64:9] 

------------

Hadapilah hidup ini dengan osem.

Moga Allah redha.
Kata-kata manusia takboleh nak tandingi kata-kata Allah, so perbanyakkanlah baca alQuran dan tadabbur.

Hidup ini adalah pilihan !

*** Di satu surau, sebelum menunggu bilal iqamah untuk solat Zuhur berjemaah ***

"As salamu alaikum"

"Wa alaikummussalam"

Salam, berjabat tangan.

"Lama ke cuti? Budak-budak sekolah cuti 2 minggu kan?", datang seorang jiran, duduk sebelah Azeem.

"Err, cuti sekejap je. Seminggu. Budak-budak cuti 2 minggu ke? Haha, saya tak ingat. Lama dah tak sekolah" jawab Azeem, berbasa-basi.

"Eh, kau umur berapa sekarang? Aku tengok muka kau ni dah berkedut-kedut ni. Macam orang tua dah. Muka matang."

Sekali lagi, err. "Baru 20 bang. Memang genetic kot muka nampak matang" Dalam hati Azeem, muka macam ni, =.=.

"Aku rasa kau kena cari la jugak pencuci muka, nak bagi hilang kedutan kat muka tu. Aku ni umur dah 30an, tapi still muda, tapi kau umur baru 20 dah macam orang tua."

"Haha." Gelak hambar. Datang surau ni nak solat ke nak promote pencuci muka. Teruk betul Azeem. Bersangka buruk.

-.-
---------------

Hidup ini adalah membuat pilihan. Setiap perkara dalam hidup ini kita boleh pilih untuk buat apa yang kita nak. Nak pakai pencuci muka nak hilangkan kedut ke, atau tak nak pakai langsung, biar natural sikit, macho sikit. Eh.

Pilihan ini bukan untuk perbuatan remeh-temeh sahaja, bahkan untuk semua perkara. Siapa nak jadi kawan kita, kita akan pilih. Baju apa nak pakai, subjek apa kita nak belajar, makanan apa kita nak pakai.

Dan lebih serius lagi, kita pun akan buat pilihan, nak hidup menggunakan cara hidup Islam, sekular, liberal, atau mana-mana yang rasa sesuai dengan diri kita. Seharusnya kita kena buat pilihan yang bijak.

Kita juga buat pilihan, nak kekal dengan jahiliyah dan buat maksiat sepanjang masa. Atau kita berUSAHA nak men-zero-kan jahiliyah dan maksiat itu. Walaupun untuk buang itu agak payah, tapi kita kena cuba sehabis baik untuk tidak kekal bermain-main dengan maksiat dan jahiliyah. Tak mustahil pun untuk buang terus.

Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras dan banyak di antaranya orang-orang yang fasiq (derhaka).
(Al Hadid, ayat 16)

Mujahadahlah melawan nafsu, agar hati kita tak menjadi keras, dan tidak menjadi fasiq.

-----------------

Ada seorang akhi ni, dia selalu pesan, manusia ni selalu ada dua pilihan, sukma kefasikan dan ketakwaan, berdasarkan surah As-Syams. Jadi pilihan tu terletak di tangan kita.


“Dan Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaannya, sesungguhnya berjayalah orang yang membersihkan jiwa itu, dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya.”

(As-syams ayat 8-10)


Buat lah pilihan sebaiknya.
--------------

Bagaimana pulak kalau kita nak buat pilihan. Atas pertimbangan apa yang menyebabkan kita buat pilihan.

Sudah tentulah demi mencari redha Allah. Agar Allah redha dengan amalan kita tu.
Agar setiap pakaian yang kita pakai, Allah redha.
Lagu yang kita dengar, Allah redha.
Sukan permainan yang kita main, Allah redha.
Buku yang kita baca, Allah redha.
SMS yang kita tulis, status Facebook, Tweet, gambar Instagram, semua agar Allah redha.

So sebelum kita melakukan setiap perkara tu, kita kena filter dulu, adakah Allah redha akan amalan aku ini.

jalan1.png (450×500)
Well said
---------

Jadi, kalau dalam situasi Azeem tu, dia boleh buat pilihan, nak guna pencuci muka penghilang kedutan atau tak. Eh. Kalau guna, boleh jadi jambu sikit. Wekkk. Muntah. Atau terus kekal macho. Muntah lagi.

----------

Bercakap memang senang. Sebab hanya perlu menggerakkan mulut atau dalam kes sekarang, hanya perlu menggerakkan jari jemari menaip atas papan kekunci. Kita, dan saya, bukan sekadar nak jadi panglima papan kunci sahaja. Lebih dari itu sepatutnya.

Tapi, wira yang sejati ialah yang menggunakan seluruh anggota badan, akal fikiran, mengorbankan nafsu, meninggalkan kepentingan dunia agar setiap yang dilakukannya itu, Allah redha.

Action speaks louder than word.

----------

Teringat syiar yang selalu dilaungkan bersama-sama ikhwah ketika setiap daurah.

ALLAH GHAYATUNA
AR RASUL QUDWATUNA
AL QURAN DUSTURUNA
AL JIHAD SABILUNA 
AL MAUTU FI SABILILLAH ASMA AMANINA

Semoga ia basah dan meresap ke hati kita. Lantas kita jelas membuat pilihan, dengan matlamat yang jelas. Allah ghayatuna.

-----------

Post ini ditujukan, ditembak, dipanah untuk diri sendiri. Sekian.

Wednesday, 22 May 2013

Bateri kurang, sila Charge sekarang!

Dia tercari-cari selama ini,
mana hilangnya semangat diri,
yang dulunya panas berapi,
tapi kini terlebur sepi.

Lantas dia terus mencari,
ke sana sini,
dan akhirnya dia temui.

Rupanya ia berpunca dari diri sendiri,
yang asalnya dari bateri,

Eh, kenapa bateri?

Ooh, rupa-rupanya itu cuma satu analogi.



******

krik krik krik

******

Pernah tengok tak, kat baju tshirt ada corak bateri kurang dan bertulis, "read Quran, recharge your iman" dan sebagainya.
Haa, itulah di-analogi-kan sebagai iman.
Iman yang makin kurang. 
Bateri makin kurang.
Nampaknya kena charge la iman tu.
Kita yakin bahawa iman itu kekadang naik dan turun.
Yazid wa yankuz.
Maka kita kenalah cari jalan untuk terus menaikkan iman tu balik.

Macam mana nak naikkan iman tu?
Teruskan kekal menjadi hamba Allah 24/7, kekalkan motivasi dalam diri.
Cuba tanya diri, bila kita boleh quit dari jadi hamba Allah?
Takleh kan? So selagi itulah kita kena teruskan mujahadah diri.
Lazimi dengan al-Quran dan hayati maksud-maksud bait-bait firman Allah itu, dan kaitkan dengan diri, sama-sama kita tadabbur.
Tambah amalan-amalan sunat, solat sunat, zikir dan sebaginya.
Dan mana-man perkara yang dirasakan sesuai dengan diri sendiri.


******

Pesanan untuk diri sendiri.
Moga terus istiqamah, dan tsabat di waktu-waktu begini.

******

Nak jadi manusia yang bermanfaat untuk orang lain, kena lah ada output dari kita jugak, bukan dapat input je. (pesanan seorang akhi).